Khamis, 18 Oktober 2018

Giliran Bank Dunia Memalukan Mahathir Dan Guan Eng


Pada 4 oktober lepas, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam persekitaran luaran.

Malah Bank Dunia hari ini  mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018 menurun 4.9% daripada 5.4% malah kadar pengembangan boleh terus menurun menjelang 2020.

Lebih menakutkan Pembentukan modal tetap kasar dijangka berkembang dengan "sederhana" dengan perbelanjaan awam yang lebih rendah daripada jangkaan yang menjejaskan prospek pertumbuhan, kata Bank Dunia dalam laporan Asia Timur dan Pasifik. Kadar pertumbuhan eksport dijangka perlahan hingga 3.7% setiap tahun pada 2018 dan 2019 dari hampir 10% pada tahun 2017.

Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dari negara Asia Tenggara yang bergantung pada perdagangan

Bulan lalu, Bank Pembangunan Asia menurunkan ramalannya terhadap Malaysia kepada 5.0% untuk tahun ini dan 4.8% pada 2019 memetik risiko pertumbuhan eksport yang lembap dan pelaburan domestik yang lemah.

Ini jelas apa guna Mahathir lantik penasihat ekonomi jika ekonomi malaysia diambang muflis. Kesilapan paling besar Mahathir adalah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang paling bodoh dalam sejarah Malaysia.

Malah polisi Mahathir yang mahu tunjuk hebat hingga menyebabkan negara seperti China, Amerika, Arab Saudi dan kesatuan Eropah menggantung sebahagian besar import dari Malaysia menjadi penyebab kelembapan ekonomi.

Bergitu juga polisi Flip-flop kerajaan sekarang seperti sesuka hati kejap batal, kejap tangguh dan kejap laksana terhadap projek-projek mega kerajaan. Telah menyebabkan para pelabur hilang keyakinan terhadap integriti kerajaan baru hingga menyebabkan saham dan nilai ringgit jatuh secara mendadak sehingga sekarang masih jatuh.

Yang menariknya Bank Dunia menyatakan kegagalan ekonomi Malaysia juga berpunca dari Tindakan  membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak popular yang sebelum telah menjana pendapatan sebanyak $ 10 bilion tahun lepas dan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan satu peringkat (SST).

Ini  termasuk tindakan kerajaan baru dalam aktiviti  penjualan aset negara dan pembiayaan semula hutang sedia ada, untuk mengurangkan sedikit tekanan daripada kewangan negara.

Lebih memalukan Mahathir dan Guan Eng, Bank Dunia tetap menyatakan hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion kepada RM725 bilion dan peningkatan tersebut berpunca dari tindakan Kerajaan Baru yang melancarkan tax holiday selama 3 bulan dan pemansuhan GST kepada SST. Telah menyebab keadaan kewangan negara menjadi huru hara.

Yang peliknya tidak sepatah ayatpun Bank Dunia menyatakan hutang Malaysia cecah sehingga RM1 trilion seperti dipropagandakan oleh Mahathir dan Guan Eng. Malah Bank Negara Malaysia sehingga sekarang masih ikut kadar hutang yang sama seperti Bank Dunia.

Oleh itu boleh diandaikan yang Mahathir amat-amat terdesak menjaja cerita hutang RM1 trilion  serata dunia semata-mata untuk yakinkan penipuannya kepada rakyat, akibatnya telah menyebabkan bahana kejatuhan ekonomi negara perlu ditanggung rakyat jelata.

8 ulasan:

  1. semakin terdedah pekong-pekong kaki penipu, kita tunggu apa pula selepas ni

    BalasPadam
  2. kau tak duduk pun dkat kerajaan. jgn nak dok memandai2. jgn sampai hp kau jadi azab yg pling besar suatu masa nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ex gov servant16 Jun 2019 9:37 PTG

      Aku kerja Kerajan bawah Tun M tahu hutang piutang terseksa rakyat ... pembelian Lotus .. utk Injin Proton.. pelabur bimbang dgn usia Tun smpi penghujung .. tak mampu nak membina negara lagi yg sentiasa berubah kepada Parti lain ... dan duit pelabur akan lebur bila Tun M tak de ... sapa tanggung .

      Padam
  3. Kenapa nampak kesilapan Tun..mcmne dgn pemerintah terdahulu? mcmne dgn pentadbiran dibawah PAS dan sebagainya. Kenapa ramai rakyat dibawah pemerintah PAS lebih mundur dari DAP? Adakah sebab terlebih bijak atau sememangnya merasakan rakyat tak perlu jadi mewah dan hidup senang? Kenapa masalah sosial juga banyak timbul di neregi2 yang kuat memperjuangkan agama Islam? Dimana silapnya. Kenapa isu ini tidak pula di nyatakan di negeri sendiri? Mmmg sedap menuding jari kepada org lain.. Islam tak ajar pun utk bersikap begitu tapi arena politik semakin merancakkan tuduh menuduh dan mengadu dumba yg dilarang keras olah agama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila PAS menang skali .. Tun M marah dan secular keluar pada semua Jabatan jgn pakai batik lagi utk upacara rasmi dan songket Terengganu ... kontraktor bumiputera ditindas dgn tiada projek dgn harapan semua orang Melayu yg menyokong di Pantai Timur mampus .kami kena marah dgn GM memilih warna hijau utk pembinaan masjid sbb PAS memerintah .
      Kerana terlalu miskin tak de duit rakyat Terengganu berpaling tadah semula kpd BN .. GM aku dituduh rasuah termasuk KSU nya ..KSU masuk jel . Tapi bila takyat Terengganu telah kaya semula mereka berpaling kepada PAS utk PRU 14 ni sbb dendam kesumat ... pernah di hina oleh BN kena simpan orang miskin di Terengganu ni sbb bila piliharaya bagi kain batik mereka akan sokong BN semula .

      Padam
    2. Bila PAS menang skali .. Tun M marah dan secular keluar pada semua Jabatan jgn pakai batik lagi utk upacara rasmi dan songket Terengganu ... kontraktor bumiputera ditindas dgn tiada projek dgn harapan semua orang Melayu yg menyokong di Pantai Timur mampus .kami kena marah dgn GM memilih warna hijau utk pembinaan masjid sbb PAS memerintah .
      Kerana terlalu miskin tak de duit rakyat Terengganu berpaling tadah semula kpd BN .. GM aku dituduh rasuah termasuk KSU nya ..KSU masuk jel . Tapi bila takyat Terengganu telah kaya semula mereka berpaling kepada PAS utk PRU 14 ni sbb dendam kesumat ... pernah di hina oleh BN kena simpan orang miskin di Terengganu ni sbb bila piliharaya bagi kain batik mereka akan sokong BN semula .

      Padam
  4. Melayu dihalau dri bumi sendiri di negeri dap,,p.pinag,ini tk berlaku dinegeri pas,,melayu sentiasa dilindungi d serambi mekah

    BalasPadam