Rabu, 20 November 2019

KEADAAN KANAK-KANAK BERUSIA 19 HINGGA 23 BULAN

Kanak-kanak pada usia 19 bulan sehingga 23 bulan sudah menjadi lebih yakin dan stabil bila berjalan. Dan dia dah mula nak meneroka kemahiran lebih mencabar seimbangkan badan, melompat dan berlari.

Antara perkembangan lain ialah menarik maninan ketika sedang berjalan, memanjat dan turun grill, sofa, almari tanpa bantuan, naik dan turun tangga.

Pada usia 23 bulan, kanak-kanak sudah boleh dan pandai untuk tendang bola.

Kemahiran menggenggam pada tahap ini sudah mahir. Dia boleh kutip objek halus dengan tepat gunakan 2 jari dan dia boleh manipulasi objek halus tu.

Kanak-kanak pada usia ini akan mula suka untuk buat aktiviti susun objek, kumpulkan objek ikut kategori  dan boleh padankan atau lekatkan 2 objek yang sama.

Antara kebolehan lain untuk kanak-kanak berusia 19 hingga 23 bulan ialah boleh masukkan butang ke dalam lubang. Mereka semakin bijak.

Namun, pada usia ini masih ada kanak-kanak yang memasukkan objek atau mainan ke dalam mulut. Habit masukkan objek ke dalam mulut sepatutnya mesti hilang pada usia baby 24 bulan.

Ciri-ciri mainan yang sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat usia ini ialah:
- Warna yang garang dan terang.
- Ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
- Saiz yang besar dari genggaman tangan baby
- Bebas dari toksik dan boleh dibasuh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan