Isnin, 26 Julai 2021

MAKSUD "HARTAL" LUMPUHKAN SEMUA AKTIVITI KERJA

Perkataan ‘hartal’ telah lama digunakan dalam istilah perkataan Bahasa Melayu. Namun, ia tidak kerap digunakan. Jadi, tidak banyak orang tahu maksud sebenar ‘hartal’.

Definisi hartal ialah pemogokan umum (penutupan kedai dan lain-lain) sebagai bantahan terhadap sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Dalam menjelaskan maksud hartal yang digunakan pakai dalam bidang sains politik; “hartal ialah tindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya.

“Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan.”

Ada perbezaan maksud hartal dan mogok. Definisi mogok: 1. tidak bergerak (berjalan dll), ber­henti: motokarnya ~ di tengah jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan kita ini, kita ~; ~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh se­kumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur cara yg biasa; pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api; pemogok orang yg mogok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Jelas di sini, mogok lebih kepada tidak bergerak dan tidak melakukan apa yang biasanyanya dilakukan. Mereka berada di tempat kerja atau lokasi yang biasa mereka berada.

Memandangkan hartal dan mogok ada persamaan iaitu tidak melakukan apa yang biasa dilakukan, maka dalam masyarakat kita menyamakan penggunaan hartal dan mogok. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan