Jumaat, 1 Mac 2024

Cara Najib pulihkan ekonomi negara

 
Secara ringkasnya, jika kadar faedah meningkat maka pelabur dana akan cenderung untuk beli bon-bon dalam negara kita kerana pulangan yang lebih tinggi. Jadi permintaan terhadap Ringgit meningkat dan akhirnya nilai Ringgit juga akan naik.
 
Tapi ketika Ringgit jatuh antara 2015-2017, kerajaan tak naikkan pun kadar faedah (OPR). Sebaliknya pentadbiran Najib turunkan pula OPR pada Julai 2016.
 
Eh kenapa? Bukankah kalau OPR rendah maka permintaan terhadap Ringgit akan jadi rendah dan akhirnya nilai Ringgit pun akan jatuh?
 
Ya inilah beza antara orang yang tahu strategi ekonomi dan orang yang sekadar baca teori.

Memang betul apabila OPR meningkat maka pelabur akan masuk untuk beli bon-bon / sukuk dan boleh menaikkan nilai Ringgit. Tetapi duit yang masuk kerana kadar faedah tinggi ini adalah duit yang sementara saja. Bila-bila saja boleh keluar balik apabila ada negara lain yang naikkan kadar faedah mereka
 
Duit ini dipanggil sebagai 'Hot Money'. Ia bukan satu pelaburan yang bagus pun sebab bukan saja tak stabil tetapi juga tak bagi kesan sangat kepada kehidupan rakyat.

Sebab itu dulu apabila kerajaan PN naikkan kadar OPR 6 kali antara 2021-2022, saya dah tulis bahawa Ringgit takkan naik pun dengan cara begitu. Dan akhirnya memang Ringgit tetap jatuh sampai ke paras RM4.73/USD sebelum PRU15.
 
Apa yang pentadbiran Najib buat ketika Ringgit jatuh (selain 8 langkah yang saya dah cerita sebelum ini) adalah dengan menurunkan OPR. Apabila kadar faedah turun, maka bayaran bulanan pinjaman rakyat pun turun.
 
Rakyat akan mempunyai wang lebih yang akhirnya menyebabkan kitaran tunai dalam pasaran semakin sihat.
 
Ditambah dengan bantuan tunai dan rasionalisasi subsidi, kuasa beli rakyat tetap stabil. Ini antara sebab pelabur asing tetap datang untuk berniaga dalam negara kita.
 
Pelaburan mereka kali ini adalah Real Money. Duit yang masuk ke dalam negara yang ditukar kepada aset fizikal dan memberikan manfaat langsung kepada rakyat.
 
Ini antara sebab FDI kita pada 2016 naik 36.6% kepada hampir RM60 bilion berbanding tahun 2015. FDI inilah Real Money yang meningkatkan permintaan terhadap Ringgit dan akhirnya menaikkan pula nilai mata wang kita.
 
Ringgit akhirnya naik daripada RM4.40/USD pada November 2015 kepada RM3.87/USD pada April 2018. Kenaikan 13% dalam masa 30 bulan.
 
Ringgit naik, pelaburan naik, perniagaan naik, pendapatan rakyat naik dan akhirnya hasil kepada negara pun naik juga.
 
Inilah salah satu dari sekian banyak kisah, bagaimana Najib menyelesaikan masalah negara tanpa sesekali membebankan rakyatnya
 
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Setiu Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan