Jumaat, 19 April 2024

CORETAN DARI TINGKAT 2, WAD 29 KATIL 18 HPRZ 2

 
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Maaf Acu tidak sempat hendak balas satu-satu. Tetapi, Acu ulang baca setiap komen doa dari sahabat-sahabat. Setiap kali itu jugaklah harapan untuk terus berjuang dan terus kuat bertambah. JazakalLahu khairan kathira. Allah sahaja yang dapat membalasnya.
 
Menulis bukan saja-saja.. tetapi memenuhi hajat si suami yang berusaha menulis 'sharing' di FBnya. Nampak dia termenung tiap kali hendak mula menaip. Tidak tahu apa yang bersarang dalam kepalanya.. Tidak tahu apa yang terbuku dalam hatinya. Jadi Acu sekadar apa yang datang di minda Acu ketika ini. Moga ada manfaat baginya.
 
Terima kasih ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat ynhg datag ziarah. Ada yang tidak sempat jumpa sebab semalam KA (panggilan kenalan suami) perlu menjalani minor operation untuk masukkan stent ke dalam usus.
 
Lewat petang semalam KA sudah dibenarkan keluar wad. Kebetulan abang KA dan adik iparnya datag, jadi terus hantar kami pulang. Terima kasih. Jugak kakak-kakakku yang bergilir-gilir ambil dan jaga anak-anak sepanjang kami di hospital. Moga kalian dikurniakan kesihatan dan kebaikan dunia akhirat.
 
Suara doktor pakar petang semalam masih terngiang di telinga. Masa tu, otak dah melayang jauh. Fikiran jadi blur. Tiada kata yang keluar dari mulut ni. Angguk pun tidak. Hanya pandangan kosong pada mata doktor. Masa ni, KA pergi solat. Tinggal aku sorang-sorang kat situ dengan doktor pakar dan sekumpulan doktor-doktor muda. Mungkin doktor pelatih.
 
Anda ikata ada WhatsApp yang tidak terbalas, mohon maaf dari Acu sekeluarga. Banyak masa perlu dikorbankan. Klu tanya.. tidak mahu baking doh ko.. aduhhh.. rindu sangat nak baking ni. Tetapi itulah.. masa sangat terbatas buat masa ni. Rindu sangat! Tengok wall sahabat-sahabat semua dari bulan puasa sampai lani.. tidak berhenti-henti masuk tempahan. Tumpang bersyukur dan happy. Moga terus murah rezeki.
 
Dalam hati ini tiada yang lain melainkan nok tengok KA sembuh dari penyakitnya dan sihat seperti dulu semula. Ya Allah beri kami peluang untuk mendidik anak-anak kami sama-sama.. Bagi kami peluang memikul amanah-Mu bersama-sama.. Tidak mampu nok buat sorang diri rasanya.
 
Sekadar coretan dari tingkat 2 HPRZ 2, wad 29 katil 18. Mohon halal dan maafkan semua salah dan silap kami selama kita kenal.
 
Catatan FB Aisyu Idris (19 April 2024)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan