Sabtu, 14 September 2024

LIRIK LAGU MALAYSIA MADANI BERDASARKAN ENAM TERAS

 
Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati.
 
Enam teras Madani ialah:
 
Kemampanan - Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.
 
Kesejahteraan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan
 
Daya cipta - Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.
 
Hormat - Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbedaan pandangan dunia.
 
Keyakinan - Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.
 
Ihsan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.
 
Enam teras tersebut telah dijadikan sebahagian lirik kepada lagu Malaysia Madani yang dinyanyikan oleh kumpulan Bunkface.
 
Lagu itu sarat dengan harapan dan seruan agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menjayakan enam teras itu iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
 
 
Lirik lagu
Malaysia Madani.
 
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
 
C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
 
C/O
Malaysia! Madani!
Bersatu
Untuk
Negara
Kita
 
“Malaysia Madani” Audio Production Team:
Komposer: Sam
Lirik  Sam & Pidaus
Penerbit: Bunkface
Susunan: Bunkface , Epul Kuat
Jurutera rakaman: Epul Kuat
Jurutera adunan: Epul Kuat
Rakaman asal: Nico Essig
Pemasaran dan promosi: Mejor Management PLT & Innova Synergy
Penguruan: Mejor Management PLT
Pengedaran Digital: Believe Digital
Dirakam di: BF Rock Station
  
https://www.youtube.com/watch?v=j_zSWNT84iA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan