Khamis, 5 Disember 2024

AGIHAN KIT MAKANAN DI KEPULAUAN DELTA KELANTAN

 
Di delta Sungai Kelantan di sebelah Tumpat terdapat 33 buah pulau yang terpisah dari tanah besar. Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau yang didiami iaitu Pulau Seratus, Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Che Son dan Pulau Cendor. Pulau-pulau ini dicantumkan dalam pentadbiran mukim Teluk Renjuna.

Pada musim banjir penduduk di kawasn kepulauan itu berdepan dengan ancaman bahaya aliran air laju dan tidak selamat untuk bergerak menggunakan bot kecil. Hal ini menyukarkan mereka untuk ke tanah besar mendapatkan keperluan harian. Hanya bergantung kepada stok makanan yang sedia ada.
 
Biarpun keadaan aliran sungai telah kembali selamat untuk laluan bot, namun kebanyak penduduk masih berdepan dengan halangan mendapat bekalan makanan kerana berlaku kekurangan bekalan dan masalah kewangan disebabkan sebahagian penduduk tidak dapat keluar ke laut menangkap ikan setiap kali musim tengkujuh.
 
Menyedari hal tersebut, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan telah menjadikan kawasan kepulauan sebagai lokasi pengagihan kit makanan sumbangan Nestle.
 
Agihan bermula dengan pergerakan dari ibu pejabat BSMM Negeri Kelantan ke Jeti Kok Majid dan menggunakan bot ke Jeti Pulau Renjuna sebagai pusat pengagihan. Penduduk dari pulau-pulau berdekatan pula akan datang mengambilnya.
 
Agihan dilakukan sukarelawan BSMM Negeri Kelantan dengan dibantu pemimpin setempat untuk 202 keluarga.
 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan