Fort Kemar dibina sebagai pangkalan hadapan
untuk operasi British semasa Darurat 1948-1960. Fort Kemar atau Pos Kemar
merupakan kubu pertahanan menentang pengganas komunis, yang terletak di daerah
Gerik, Ulu Perak. Ia berada di tengah hutan dan telah diina oleh anggota
Ragement Ke- 22 British Special Air Service (SAS), pada tahun 1952.
Pembunuhan
tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput pada tahun
1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh
kawasan Tanah Melayu. Sebulan kemudiannya, Parti Komunis Malaya (PKM) telah
diharamkan.
Selain dijadikan pusat bantuan senjata dan
makanan bagi anggota pasukan keselamatan yang menjalankan operasi, ia turut
melindungi penduduk Orang Asli daripada ganguan komunis.
Di Pos Kemar dibina landasan terbang untuk
pendaratan kapal terbang ringan dan helikopter. Antara pesawat yang mendarat di
situ ialah Pioneer Scottish Aviation.
Selepas darurat berakhir, tugas menjaganya telah diserahkan sepenuhnya kepada
Pasukan Polis Hutan (PPH). Ia menjadi pusat latihan hutan kepada anggota khas
polis.
Pengisytiharan
darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960.Dalam tempoh 12 tahun perintah
darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 nyawa terkorban (termasuk 2,500 orang
awam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan