Sułoszowa sebuah kampung unik dan menaik. Ia terletak di daerah Krakow, di selatan Poland.
Pemandangan Suloszowa amat menarik. Dilihat
dari atas, kampung ini menawarkan pemandangan yang luar biasa. Jalan tengah
utama diapit oleh rumah-rumah yang tersusun rapi, seperti mutiara yang diikat
pada satu benang. Ia seakan-akan satu lukisan yang memperlihatkan keindahan petempatan
di kampung.
Menariknya, susun atur petempatan dibuat
pada satu jalan utama sahaja yang didiami kira-kira 6000 orang penduduk. Jarak
jalan itu kira-kira sembilan kilometer.
Kampung itu sebenarnya diasaskan pada abad
keenam oleh seorang pegawai tentera bangsawan yang mewakili Kerajaan Poland.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan