Pada 1 Jun 1885, tercipta sejarah pembukaan
landasan kereta api Taiping ke Port Weld (sekarang Kuala Sepetang), manandakan
bermulanya perkhidmatan kereta api di Perak yang dikendalikan oleh Perak
Railway. Landasan sejauh 13.28 kilometer itu dirasmi oleh Residen Parak, Sir
Hugh Low.
Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api yang pertama ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
Tujuan utama jalan keretapi itu dibina ialah untuk menghubungkan antara kawasan
perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan
kereta api itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dari
pelombong ke tempat pekerjaan.
Port Weld sebelum itu dikenali sebagai Sapetang (sekarang Kuala Sepetang). Nama ‘Weld’ diambil daripada nama Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.
Pembinaan landasan kereta api itu dilihat satu kemajuan dan pencapaian besar kepada negeri Perak, namun daripada segi kewangan dan perniagaan ia lebih memberi keuntungan kepada perdagangan British di Tanah Melayu.
Pada peringkat awal pembinaannya ia menghadapi banyak kesulitan. Antaranya ialah modal yang tidak mencukupi dan keadaan muka bumi yang berpaya. Justeru banyak tanah terpaksa dibawa dari Taiping untuk tujuan penambakan.
Masalah lain ialah kekurangan tenaga kerja berpengalaman dan ketiadaan jurutera-jurutera yang mahir mengenai pembinaan landasan kereta api di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, kerajaan negeri Perak terpaksa membayar kepada kerajaan Ceylon untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
Usaha ini pada peringkat awalnya menerima banyak kritikan. Bagaimana pun apabila siap, terbukti ia adalah satu pelaburan yang menguntungkan dan menjadi sumber pengangkutan utama bagi hasil dalam negeri.
Sebelum adanya jalan kereta api, bijih timah diangkut melalui Sungai Larut dan terus ke Pulau Pinang. Menerusi Pelabuhan Pulau Pinang, bijih timah dieksport ke Britain.
Bagaimanapun, Sungai Larut kemudiannya didapati tidak lagi sesuai dengan jumlah bijih timah yang banyak. Perang Larut antara kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San menyebabkan pengangkutan Sungai Larut tidak lagi selamat. Muaranya juga semakin cetek untuk kapal-kapal masuk dan rapat ke tepian.
Maka, pembinaan landasan kereta api Taiping ke Kuala Sepetang dianggap langkah penting yang perlu dibuat kerajaan Inggeris.

Stesen Kereta Api Port Weld
Lokomotif yang diterima Perak Railway pada tahun 1881 kereta proses pembinaan landasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan