Khamis, 25 Disember 2025

PERANAN LIGA PERSATUAN PALANG MERAH ANTARABANGSA

Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa (The International Committee Of The Red Cross - ICRC) merupakan persatuan sukarela antarabangsa paling aktif di dunia. 

ICRC disertai Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah dari 176 buah negara di seluruh dunia.   

ICRC diasaskan oleh Jean-Henry Dunant, seorang peniaga berbangsa Switzerland. Dia mendapat inspirasi menubuhkan ICRC setelah melihat kesengsaraan dan penderitaan dialami tentera yang tercedera akibat peperangan.

Lambang palang dijadikan simbol pertubuhan tersebut.  Simbol itu tidak ada kaitan dengan lambang mana-mana agama. Sebaliknya simbol itu diambil daripada lambang asal bendara Switzerland sebagai menghormati dan tanda kenangan usaha dilakukan oleh Henry Dunant, seorang rakyat Switzerland.  

Bagaimana pun sebagai perbezaan lambang palang merah dengan bendera Switzerland,  dibezakan dari segi warna.  

Warna merah latar belakang bendera Switezerland dijadikan warna palang dan warna putih dijadikan warna latar belakang.

Lambang Bulan Sabit Merah digunakan di negara-negara Islam. Tetapi, dalam kes melaksanakan tugas antarabangsa, ahli-ahli Bulan Sabit Merah akan menggunakan lambang Palang Merah.

Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah diterima di seluruh dunia sebagai lambang pertolongan cemas.  Lambang ini menjadi tanda pengharapan insan yang memerlukan pertolongan.

Pada awal penubuhannya ICRC hanya berperanan memberi pertolongan kepada mangsa peperangan.  Ketika itu kebanyakan negara di Eropah sering berperang sesama sendiri untuk meluaskan jajahan takluk dan beberapa sebab lain.  

Bagaimanapun, sesuai dengan perubahan masa, kini kegiatannya telah diperluaskan.  Aktivitinya kini termasuklah memberi pertolongan cemas dan perlindungan kepada yang memerlukannya seperti mangsa kemalangan, kebakaran, gempa bumi, banjir, kemarau dan sebagainya.

Dalam konflik tebusan, peperangan terbuka, perang saudara, pemberontakan dan dalam krisis yang dianggap “tidak ada lagi pihak yang boleh dipercayai”, satu-satunya pihak yang sentiasa diyakini mampu menjalankan tanggungjawab bantuan kecemasan dan sosial ialah wakil atau ahli ICRC.  

Keyakinan ini diberikan oleh masyarakat dunia atas rekod perkhidmatan cemerlang ICRC.  Seluruh ahli ICRC berpegang kepada prinsip kemanusiaan, berkecuali, bebas, sedunia, bersatu, saksama dan sukarela. 

Persatuan Bulan Sabit Malaysia yang menjadi ahli ICRC sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah menyumbangkan khidmat bakti di seluruh dunia berkaitan krisis peperangan, bencana alam, tebusan perang dan perculikan, perang saudara dan pengurusan pelarian perang. 

Baca juga;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan