Salah seorang adik ambo disahkan mengidap
penyakit barah usus atau kanser kolon pada tahap empat. Satu keadaan yang
lambat dikesan, bukan kerana tidak cepat membuat pemeriksaan, tetapi tiada
tanda-tanda mengalami kanser tersebut.
Apabila rasa tidak selesa di bahagian perut,
dia rujuk masalah tersebut di hospital. Melalui pemeriksaan awal, dia disyaki
ada masalah di bahagian kolon. Setelah dibuat beberapa pemeriksaan, doktor
sahkan dia mengidap kansert kolon tahap empat dan sel kanser telah merebak ke
bahagian hati.
Keadaan kesihatannya merosot mendadak.
Selain rasa sakit yang sangat sehingga perlu diberikan morfin, perubahan
fizikal amat ketara. Pada bahagian bawah pinggang dan perut dipenuhi air atau
dikenali sembab. Pada masa sama bahagian atas menjadi kurus kerana sukar untuk
makan atau menelan makanan.
Kenser usus biasanya berlaku terhadap
individu yang berumur lebih 50 tahun. Adik ambo belum capai usia tersebut.
Faktor keturunan pun bukan kerana sejarah keluarga tidak yang disahkan mengidap
kanser usus. Begitu juga, dia tidak merokok dan tentu sekali tidak minum arak,
yang disebut antara faktor seseorang mudah mengidap kanser usus.
Doakan adik ambo cepat sembuh hasil usaha-usaha
berubat yang dilakukan, di samping doa dan kasih sayang seluruh insan yang sentiasa
mengharapkan dia sembuh.
Catatan: Adik ambo telah meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi, 16 Mei 2024. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Sedikit maklumat mengenai kanser kolon.
Kanser kolon atau kanser kolorektal
berkembang apabila jisim sel yang tidak normal berkembang di kolon atau rektum.
Kanser kolorektal adalah kanser yang paling
biasa di kalangan lelaki Malaysia, menghidapi kira-kira 15 dalam 100,000 lelaki
dan kanser kedua paling biasa di kalangan wanita Malaysia, menyerang kira-kira
11 dalam 100,000 wanita. Kanser kolon merupakan penyebab kematian ketiga utama
akibat kanser di Malaysia.
Dalam kebanyakan kes, kanser kolorektal
berkembang disebabkan oleh perubahan dalam komposisi asid deoksiribonukleik
(DNA) daripada pertumbuhan kecil (polip) dalam usus besar. Mutasi DNA ini,
digabungkan dengan kegagalan gen untuk membuang sel bermutasi, akan
mengakibatkan pembahagian dan percambahan yang tidak terkawal dan membawa
kepada pembentukan tumor.
Risiko mendapat kanser ini meningkat dengan
ketara selepas berumur 50 tahun. Namun, selain daripada genetik, kemunculan
kanser kolorektal di bawah umur lima puluh telah menjadi lebih biasa sepanjang
dekad.
Risiko kanser kolorektal meningkat jika
seseorang mempunyai saudara darah dengan penyakit ini. Mereka yang mempunyai
dua atau lebih saudara rapat yang dijangkiti kanser (ibu bapa atau
adik-beradik) mempunyai risiko yang lebih besar (dua hingga tiga kali ganda)
penyakit itu, iaitu kumpulan yang menyumbang kira-kira 20 peratus daripada
semua kes.
Sejarah kanser kolorektal dalam keluarga, khususnya dalam kalangan ahli keluarga di bawah umur 50 tahun semasa didiagnosis, akan meningkatkan risiko melalui mutasi yang diwarisi dan (atau) persekitaran.
Kanser kolorektal peringkat awal mungkin
tidak menunjukkan simptom yang jelas dan dikenal pasti melalui saringan aktif
untuk kanser kolorektal.
Beberapa tanda dan simptom kanser
kolorektal adalah:
- Najis berdarah
- Perubahan corak usus (cirit-birit atau sembelit)
- Perubahan dalam konsistensi najis
- Kehilangan berat badan tanpa niat
- Sakit perut
- Muntah
- Merasa usus tidak dikosongkan dengan sempurna selepas membuang air besar
- Lesu
- Kerap mengalami sakit gas atau kekejangan
- Rasa kenyang atau kembung
Rawatan yang biasa digunakan berdasarkan
peringkat kanser adalah seperti berikut:
- Tahap 0: Pembedahan untuk membuang pertumbuhan tumor.
- Tahap 1: Pembedahan untuk membuang pertumbuhan kanser.
- Tahap 2: Pembedahan dilakukan untuk membuang pertumbuhan kanser diikuti dengan kemoterapi. Langkah ini hanya diperlukan jika kanser disyaki bergred tinggi atau jika pesakit ada masalah kesihatan yang lain.
- Tahap 3: Pembuangan pembedahan tumor dan nodus limfa terjejas diikuti dengan kemoterapi. Terapi radiasi mungkin juga dicadangkan untuk sesetengah pesakit.
- Tahap 4: Rawatan boleh menjadi gabungan pembedahan, kemoterapi dan kadangkala terapi radiasi. Doktor mungkin juga mengesyorkan imunoterapi dan terapi sasaran untuk sesetengah pesakit.
Sejarah kanser kolorektal dalam keluarga, khususnya dalam kalangan ahli keluarga di bawah umur 50 tahun semasa didiagnosis, akan meningkatkan risiko melalui mutasi yang diwarisi dan (atau) persekitaran.
- Najis berdarah
- Perubahan corak usus (cirit-birit atau sembelit)
- Perubahan dalam konsistensi najis
- Kehilangan berat badan tanpa niat
- Sakit perut
- Muntah
- Merasa usus tidak dikosongkan dengan sempurna selepas membuang air besar
- Lesu
- Kerap mengalami sakit gas atau kekejangan
- Rasa kenyang atau kembung
- Tahap 0: Pembedahan untuk membuang pertumbuhan tumor.
- Tahap 1: Pembedahan untuk membuang pertumbuhan kanser.
- Tahap 2: Pembedahan dilakukan untuk membuang pertumbuhan kanser diikuti dengan kemoterapi. Langkah ini hanya diperlukan jika kanser disyaki bergred tinggi atau jika pesakit ada masalah kesihatan yang lain.
- Tahap 3: Pembuangan pembedahan tumor dan nodus limfa terjejas diikuti dengan kemoterapi. Terapi radiasi mungkin juga dicadangkan untuk sesetengah pesakit.
- Tahap 4: Rawatan boleh menjadi gabungan pembedahan, kemoterapi dan kadangkala terapi radiasi. Doktor mungkin juga mengesyorkan imunoterapi dan terapi sasaran untuk sesetengah pesakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan