Ahad, 18 Disember 2016

Isteri bantu henti merokok


Kesan positif tekad henti merokok. Cara ini boleh dilakukan sebagai usaha berhenti merokok. Jangan mudah mengalah dalam usaha berhenti merokok. Contohi lelaki ini.  

Seorang lelaki tekad berhenti merokok pada 2010 kerana tidak tahan 17 tahun dileter isteri. Dia menyediakan satu tong besar untuk memasukkan wang (siling) yang biasanya diguna membeli rokok. Wang yang dikumpul sejak raya Cina 2010 selama lima tahun berjumlah RM6115.

Kepada mereka yang hendak berhenti merokok boleh jadikan ini sebagai satu contoh yang baik.Bantuan dan sokongan isteri dan ahli keluarga amat penting untuk berhenti merokok. Kisah ini wajar dijadikan pengajaran kepada mereka ingin berhnti merokok.

Ingat, merokok berbahaya kepada kesihatan. Bagi yang kaya, mungkin wang digunakan membeli rokok tidak memberi kesan apa-apa. Tetapi ingatlah tentang kesihatan.  

Kita tidak boleh menggantikan kesihatan yang telah rosak dengan wang ringgit. Mungkin anda boleh mendapatkan rawatan terbaik menggunakan wang dimiliki, tetapi banyak usaha perubatan tidak mampu mengembalikan kesihatan yang baik.  

Kebanyakkan kes kesihatan terganggu akibat aktiviti merokok berakhir dengan kematian biarpun usaha rawatan dilakukan. Segala-galanya sudah terlambat.

Bagi mereka yang berpendapatan kecil, jumlah wang dibelanjakan membeli rokok amat besar peratusannya kepada kewangan keluarga. Jangan bazirkan wang kepada perkara yang tidak berfaedah. Sayangi diri anda dan keluarga.

Hidup lebih bahagia dan ceria tanpa rokok. Anda boleh mengubahnya kepada yang lebih baik.  

Keburukan merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.

Antara kandungan kimia berbahaya terdapat di dalam rokok:
- Aseton (penanggal cat).
- Ammonia (pencuci lantai).
- Naphthylamine.
- Metanol (bahan api).
- Naftalena (ubat gegat).
- Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
- Polonium-201.
- Gas monoksida (gas beracun).
- Vinil Klorida.
- Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
- Toluidina.
- Uretana.
- Toluena.
- Arsenik (racun anai-anai).
- Dibenzakridine.
- Fenol.
- Butana.
- DDT (racun makhluk perosak).
- Nikotin.
- Benzopyrine.
- Tar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan