Ahad, 18 Disember 2016

PENGARUH MEDIA MASSA

Media Barat sentiasa menggambarkan umat Islam dalam keadaan negatif.  Memang sukar untuk umat Islam menghapuskan tindakan prejudis Barat terhadap umat Islam memandangkan kuasa media amat berpengaruh. 

Kuasa media memang sesatu yang luar biasa.  

Napoleon Bonarparte, pemerintah Perancis yang menaiki takhta kuasa pada tahun 1799 pernah berkata: “Saya lebih takut kepada empat surat khabar di Peranchis daripada empat ribu senjata.  Apabila saya biarkan empat surat khabar itu berleluasa, tentu hanya empat minggu saja saya sempat menduduki takhta kerajaan.”

Kata-kata Napoleon itu merujuk kepada pengaruh yang dapat disebarkan melalui bahan bacaan.  

Apa-apa saja bahan berita atau maklumat dengan mudah dapat disebar melalui media yang mampu mempengaruhi pembaca untuk mempercayainya sebagai sesuatu yang benar. 

Penghinaan yang dilemparkan terhadap umat Islam perlu diselesaikan dengan bijaksana.  

Sekarang ini umat Islam sekadar membantah melalui tunjuk perasaan dan menulis surat bantahan setiap kali ada penghinaan dibuat melalui media terhadap umat Islam.

Persoalannya, apakah tindakah itu berkesan?  Apa untungnya umat Islam berkumpul membuat bantahan meninggalkan urusan kerja masing-masing.  Anak-anak kecil yang sepatutnya berada di sekolah dibawa bersama-sama. 

Apa kesannya membakar dan memijak bendera negara yang ditujukan bantahan itu? Manakala tulisan yang ditulis sebenarnya pula dibaca di kalangan mereka yang menyertai bantahan saja.       

Umat Islam bermati-matian menunjukkan kemarahan yang belum tentu diberi perhatian oleh negara itu.  Suasana huru hara berlaku di negara umat Islam sedangkan di negara itu terus aman serta rakyatnya dapat menjalankan tugas harian seperti biasa. 

Negara Islam memulau barangan negara bukan Islam, tetapi berapa lama?  Umat Islam terpaksa bergantung kepada barangan keluaran negara bukan Islam.    

Jadi, sebenarnya siapa yang untung dalam proses bantahan itu? Sebenarnya umat Islam diumpamakan seperti seekor anjing garang yang kuat menyalak tetapi berada dalam kurungan.  Tidak ada faedahnya salakan itu bahkan membawa kepada kebencian pihak lain. 

Hakikatnya, umat Islam kini berada dalam keadaan lemah. Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap umat Islam yang memberi tekanan secara berterusan.  

Apabila berlaku keganasan dan perbuatan melampau di mana-mana bahagian di dunia ini, umat Islam terus dipersalahkan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan