Sabtu, 25 Julai 2020

KESAN BURUK MAKAN BELIMBING

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Belimbing merawat kencing manis, tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi. 

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang meyerupai bintang apabila dipotong melintang.

Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang menaikkan selera. Belimbing besi bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bahkan dari segi khasiat kesihatan.

Dalam rawatan Ayurveda, buah matang Averrhoa carambola L. diterima sebagai mudah hadam, tonik menguatkan, untuk bawasir, merawat punca gangguan hempedu dan angin dalam perut.

Buah yang kering diguna dalam merawat demam; ia meyejukkan dan mempunyai sifat anti scorbutic.

Belimbing amat kaya dengan antioksida dan vitamin C dan rendah dengan gula, sodium dan asid. Ia juga adalah sumber penting kepada kedua dua primary dan secondary polyphenolic antioksida.

Belimbing mempunyai kedua dua aktiviti antioksida dan antimikrobia: Pembersihan NO oleh ekstrak buah ini bergantung pada kepekatan dan tahap pematangan. Ekstrak menunjukkan aktiviti antimicrobial terhadap E. coli, typhi Salmonella, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus.

Belimbing juga diguna untuk menghentikan pendarahan pada luka ringan. Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.

Cara menghentikan pendarahan juga boleh diamalkan untuk mencuci nanah pada bisul.

Untuk membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak boleh dilakukan dengan mengambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan mati dan keluar.

Sekarang ini, banyak produk dihasilkan dari belimbing besi seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Itu semua menggunakan buah belimbing besi yang telah masak.

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. 

Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas. Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Buah belimbing besi yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata.

Materia Medical Cina ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.

Biarpun banyak senarai kebaikan buah belimbing besi, ia tidak baik atau bermanfaat untuk semua orang. 

Belimbing mengandungi asid oxalic, yang boleh merbahayakan mereka yang menderita kegagalan buah pinggang, ginjal batu atau bagi mereka yang menjalani rawatan dialisis.

Penggambilan bagi mereka yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang boleh meyebabkan gangguan saraf seperti kekerapan tersedu sedu (hiccups), muntah muntah, mual gangguan saraf dan kekeliruan minda. Kematian juga pernah dicatit keatas beberapa pesakit yang memakan buah ini.

Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan buah belimbing terlalu banyak akan menyumbangkan kesan toksik yang bahaya kepada pesakit kegagalan buah pinggang. Bahan toksik ini dikenali sebagai neurotoksin.

Ianya juga akan membuatkan carambolic acid yang berada dalam belimbing terkumpul di dalam otak dan seterusnya meracuni otak kita.

Toksin ini akan kekal di dalam badan dan akan menyebabkan penyakit yang serius seperti muntah-muntah, cirit birit, kekeliruan mental, kekejangan dan paling serius adalah kematian.

Jadi, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, harus mengelakkan pengambilan buah belimbing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan