Khamis, 22 April 2021

PAS PERLU BERI PERHATIAN MEMUJUK PAN

Usaha Pas untuk memujuk UMNO bersama-sama PN atas dasar perpaduan ummah satu usaha murni. Usaha sama juga perlu dilakukan untuk memujuk PAN menyertai PN.

PAN parti serpihan Pas. Mereka pernah bersama dahulu dalam satu wadah perjuangan. Sudah saling mengenali dan kenal hati budi masing-masing.

Jadi, rasanya tidak sukar untuk Pas memujuk PAN menyertai PN. Tidak sukar untuk pemimpin Pas dan PAN saling berhubungan. Rasanya mereka masih menyimpan nombor telefon di antara mereka.

Soal usaha untuk menyatukan UMNO dengan PPBM boleh dilupakan sementara. Pas perlu tumpukan usaha mengajak PAN menyertai PN. Itu lebih utama sekarang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan