Selasa, 13 April 2021

PPBM tidak yakin dengan nama sendiri

Sempena Ramadan ini, banyak pihak mengambil peluang mengagih-agihkan kurma. Terima kasih kepada yang sudi bersedekah kurma.

Termasuk melakukan agihan kurma ialah Perikatan Nasional seperti perkataan yang tertera di kotak kurma tersebut. Jadi, apabila ada tulisan itu, penerima dapat mengetahui pihak mana yang mensedekahkan atau mengagihkan kurma itu.

Namun, ada juga kekeliruan berdasarkan kepada apa yang tertera di kotak kurma itu. Tertulis perkataan Perikatan Nasional, tetapi lambang tertera adalah bunga raya yang menjadi lambang kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sepatutnya jika perkataannya Perikatan Nasional, maka lambangnya perlu logo Perikatan Nasional.

Timbul persoalan, adakan ia disediakan oleh Perikatan Nasional atau PPBM?

Nampak sangat PPBM tidak yakin untuk menggunakan nama sendiri. Yang digunakan adalah Perikatan Nasional, tetapi ingin memperkenalkan logo PPBM yang mungkin masih kurang dikenali.

Memandangkan nama PPBM dan logo bunga masih belum dikenali, sebab itu PPBM sangat perlu kepada bantuan Pas yang lebih dikenali. Kalau ingin mengguna nama Perikatan Nasional, logo Pas sepatutnya turut dipamerkan bersama.

Itulah sebenarnya PPBM yang tidak yakin pada nama dan logo sendiri...... sama dengan Presiden PPBM yang menggunakan nama glamor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan