Ahad, 11 April 2021

KELOMPOK PROPPBM TIDAK PATUHI KEPUTUSAN PAU 2020

Kelompok ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang menyokong kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau disebut proPPBM begitu beriya-iya mendedahkan rakaman audio mirip suara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu cara untuk menekan Ahmad Zahid agar melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Asas pendedahan itu adalah kononnya Ahmad Zahid telah membelakangi keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PPBM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Inilah dikatakan paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Peringatan kepada kelompok proPPBM, keputusan PAU 2020 bukan sahaja menolak kerjasama dengan PKR dan DAP, tetapi juga PPBM.

Kalau kelompok proPPBM ingin agar UMNO berkerjasama dengan PPBM pada PRU15, ini juga bermakana tidak mematuhi keputusan PAU 2020 yang dibuat olah ahli akar umbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan