Sabtu, 29 Mei 2021

KERAJAAN MAHU YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT

Kerajaan mengambil langkah tepat apabila mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘totol lockdown’ melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan penutupan penuh yang banyak diluahkan di media sosial.

Katanya, kerajaan mendengar, dan mahu yang terbaik buat rakyat.

“Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini.” katanya.

“Stay Safe semua...saya sayang kalian semua.” katanya dalam satu kiriman di akaun Facebook.

Terima kasih kepada Ismail Sabri yang sentiasa peka dan ambil berat kepada pemasalahan rakyat, khususnya berkaitan kawalan wabak Covid-19 ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat.

Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas turut mempengaruhi keputusan hari ini.

Menurut kenyataan terrsebut, dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad.

Menurut kenyataan itu lagi, jika penutupan penuh itu berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ fasa kedua iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi  yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan