Ahad, 16 Mei 2021

UMNO KELANTAN BANGKIT BERSAMA TOK LAN

Mengambil alih kepimpinan UMNO Kelantan ketika UMNO telah hilang kuasa sebagai pemerintah negara bukan satu tugas mudah. Namum tugas itu digalas dengan rasa tanggungjawab dan semangat jitu tidak berbelah bahagi bahawa UMNO akan bangkit kembali mendapat sokongan pemimpin dan ahli akar umbi.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan semakin lekat di hati ahli UMNO Kelantan. Kepimpinannya yang dinamik dan berperinsip dilihat mampu membawa UMNO Kelantan mencipta kejayaan pada PRU-15 nanti.

Sama ada UMNO Kelantan menjalin kerjasama dengan Pas pada PRU-15 atau tidak, UMNO Kelantan di bawah kepimpinan Ahmad Jazlan yakin mendapat sesuatu yang lebih baik pada PRU-15.

Sokongan pemimpin dan ahli akar umbi UMNO terhadap Ahmad Jazlan atau mesra disapa Tok Lan terus semakin diyakini. Sebab itu, apa pun tindakan beliau mendapat sokongan padu ahli.

Beliau tidak sekadar retorik berpolitik. Sebaliknya, apa dikata akan dibuktikan dengan tindakan.

Tok Lan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari 2021 atas prinsip memperjuangkan maruah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Serentak dengan itu Tok Lan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Yakin dengan tindakan serta kepimpinan Tok Lan dan sebagai tanda sokongan, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, syarikat milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuat kuasa 31 Mac lalu.

Tindakan pemimpin yang tidak mementingkan diri adalah azimat pembakar semangat kepada seluruh ahli untuk terus berjuang.

UMNO Kelantan bangkit bersama Tok Lan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan