Ahad, 19 September 2021

STATUS HUBUNGAN TAIWAN DENGAN NEGARA LUAR


Polimik status Taiwan sebagai sebuah negara agak unik. Taiwan atau Chinese Taipei juga dikenali Republik China (Republic of China) atau ROC.

ROC ni asalnya kerajaan yang memerintah China dari tahun 1912-1949.

Selepas kalah dalam peperangan dengan komunis, ROC berundur ke Taiwan dan meneruskan pemerintahannya di Taipei.

Komunis yang menang mendirikan Republik Rakyat China (People's Republic of China, PRC) di Beijing, dan dikenali secara umum sebagai China.

Tetapi secara teknikal, ada 2 China, keadaan macam 2 Korea.

Di antara 2 China ini, negara lain hanya boleh iktiraf salah satu. Pada awalnya, lebih banyak iktiraf ROC berbanding PRC.

ROC juga menyandang kerusi Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1971.

Tetapi pada tahun 1971, ROC kena tendang keluar dari PBB, digantikan dengan PRC. Kemudian pada tahun 1979, Amerika Syarikat yang selama ni sokong ROC putuskan hubungan dengan ROC dan menjalin hubungan diplomatik dengan PRC.

Malaysia pada asalnya tak iktiraf dua-dua, sampailah tahun 1974 baharu menjalin hubungan rasmi dengan PRC.

Maka satu per satu negara putuskan hubungan dengan ROC. Tinggal 14 negara PBB sahaja yang masih iktiraf ROC, berbanding dengan 177 yang iktiraf PRC.

Kalau hendak dikira pengiktirafan antarabangsa, Palestin mendapat lebih banyak pengiktirfan, iaitu diiktiraf oleh 139 negara.

ROC juga tak layak duduk dalam badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Keadaan ini menyebabkan ROC dikenali sebagai "the orphan of Asia".

Semakin banyak rakyat ROC melihat penyelesaian kepada masalah ini ialah kemerdekaan Taiwan sebagai sebuah negara. Tidak perlu merebut nama "China" dengan PRC lagi.

Namun, PRC tidak benarkan ROC menjadi sebuah negara merdeka. PRC menganggap ROC atau Taiwan masih sebahagian wilayah mereka.

Jadi, mana-mana negara atau pihak yang berurusan dengan ROC jangan sekali-kali berani untuk mengatakan Taiwan sebagai sebuah negara merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan