Rabu, 24 Mei 2023

KITA ORANG PARTI TETAP TEGUH PENDIRIAN

 
Seluruh ahli UMNO perlu tanamkan dalam pemikiran bahawa “kita orang UMNO dan apa tawaran sekalipun mahupun diugut, kita orang parti tetap teguh pendirian”.

Kecintaan dan kesetiaan kepada parti perlu dipasak ke dalam diri setiap ahli UMNO sebagai azimat dan benteng yang tidak akan memesongkan mereka menjadi durhaka dan meninggalkan UMNO.

Fenomina terhakisnya jati diri UMNO di kalangan ahli parti keramat ini berlaku bukan sahaja di kalangan ahli biasa, bahkan turut melibatkan individu di peringkat kepimpinan tertinggi. Sikap tunjuk keras kepada dan berasa diri terlalu hebat menyebabkan mereka “langgar” semua orang.

Apabila dikenakan tindakan disiplin, maka dicanangkan bahawa hak bersuara dalam parti telah mati. UMNO hanya dikuasai individu tertentu. Manakala yang setia pula dituduh sebagai pengecut serta rela menjadi pak turut.

Jadilah orang parti dan bukannya penunggang parti untuk kepentingan diri sendiri. Orang parti bersedia berkhidmat kepada parti dengan sepenuh hati. Mereka sanggup menyumbang apa sahaja yang dimiliki termasuk wang sendiri demi untuk parti terus maju ke hadapan.

Orang parti tidak takut kepada ugutan. Tetap setia dengan parti biarpun mungkin dirinya berdepan sesuatu tindakan oleh pihak lain yang menyebabkan kesan buruk kepada dirinya. Biar dirinya menjadi benteng hadapan menahan rempuhan serangan pihak musuh. Rebah tidak bererti menyerah, tetapi tetap berusaha untuk bangkit.

Orang parti tidak akan mudah tertarik dengan sinar gemerlapan yang berada di kubu lawan. Sesekali tidak akan tertarik untuk masuk ke dalam kubu lawan dan bersama-sama dengan mereka. Biar gelap di kubu sendiri, tetap tidak akan meninggalkan pusaka yang telah diwarisi daripada pejuang terdahulu.

Ayuh, kita jadi orang parti bersama-sama pemimpin yang teguh pendirian dan kental jiwanya untuk kekal berjuang di dalam parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan