Khamis, 5 Oktober 2023

MALAYSIA JADI PENERAJU NEGARA ISLAM

 
Pada satu seminar antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan di Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 Jun 2012, bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir, Profesor Syeikh Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman pernah menyatakan bahawa terdapat dua negara Islam yang di­lihat boleh menjadi peneraju dunia Islam iaitu Turkiye dan Malaysia.

Baginya, Malaysia walaupun sebuah negara yang mempunyai latar belakang penduduk berbilang kaum dan perbezaan anutan agama, namun dapat diurus de­ngan baik dan berkesan sehingga menghasilkan suasana makmur dan stabil sejak berabad lalu.

Pengiktirafan dunia luar terhadap Malaysia yang dianggap sebagai sebuah negara Islam sederhana (moderate) tetapi progresif semakin terserlah.
 
Malaysia maju, makmur dalam kepelbagaian agama, budaya dan keturunan. Malaysia mampu memaparkan kepada dunia Islam tentang cara dan bentuk urus tadbir yang berkonsepkan konsensus, sederhana, inklusif serta adil dan saksama.
 
Dan segala konsep atau pendekatan itu bertepatan pula dengan maqasid syariah, iaitu mementingkan pemeliharaan terhadap agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.
 
Malaysia bersikap terbuka dan konsisten. Berkawan dengan siapa sahaja. Negara ini tidak terikat dengan mana-mana negara kuasa besar dalam jalinan kerjasama, baik dalam bidang ekonomi, sosial mahu pun politik.
 
Sesungguhnya Malaysia tidak mencari populariti, tetapi me­nelusuri anjuran Islam itu sendiri bahawa, ‘Islam itu bersaudara’ dan ‘bertolong-tolongan demi kebaikan sesama ummah’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan