Selasa, 1 Oktober 2024

JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

 
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dibuka kadapa orang awam pada 1 Mac 20214 telah dibina dengan kos sebanyak RM4.5 bilion. Kerja-kerja pembinaan telah siap sepenuhnya pada Febuari 2014.

Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Bau Maung di Bayan Lepas di sebelah pulau sejauh 23.37 kilometer. Ketika ia dibuka, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Rekod ini kekal sehingga tahun 2020 apabila Jambatan Temburong sepanjang 30 kilometer dibuka di Brunei Darussalam.

Strukturnya boleh menahan gegaran gempa bumi sehingga 7.5 skala Richter. Walaupun ia menghubungkan dua kawasan di negeri Pulau Pinang, nama jambatan ini diambil sempena nama Sultan Kedah yang ketika itu menjadi Yang Di Pertuan Agong Ke-14.

Sejarah pembinaannya bermula apabila pada Ogos 2006, Kerajaan Pusat mengumumkan secara rasmi rancangan untuk membina Jabatan Kedua Pulau Pinang. Lanjutan itu, pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kontraktor yang dilantik, China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan United Engeineers Malaysia Berhad (UEM Group) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan