Rabu, 29 September 2021

ROKOK TRADISIONAL MASIH ADA PEMINATNYA

 
Sejarah rokok telah lama bertapak dalam sejarah kehidupan manusia. Bahan semulajadi seperti batang pokok jenis lembut dan daun digulung dijdikan rokok.

Namun, sejarah manusia mula merokok dicatatkan berdasarkan amalan dilakukan suku bangsa Indian di Amerika. Mereka merokok sebagai satu keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh.

Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemui benua Amerika, amalan menghisap rokok telah dibawa ke Eropah. Amalan itu menarik minat golongan bangsawan di Eropah.

Abad 17 para pedagang Sepanyol masuk ke Turki dan sekaligus membawa masuk amalan merokok. Ia kemudian merebak ke negara-negara Islam lain.

Sebelum kemasukan rokok moden atau yang dikenali sekarang ini, masyarakat dahulu menjadikan pucuk daun nipah yang dikeringkan sebagai rokok.

Amalan tersebut masih banyak dilakukan golongan tua di kampung dan sebahagian golongan muda sebagai altenatif menggantikan rokok moden yang semakin meningkat harganya.

Rokok daun nipah diperbuat daripada pucuk daun nipah. Pucuk daun nipah masih dalam ‘sebatang’ sebelum helaian daun kembang.

Bagi mereka yang belum pernah melihat pucuk daun nipah, ia adalah lebih kurang seperti pucuk daun kelapa yang dijadikan sarang ketupat nasi.

Pucuk daun nipah yang telah dikeringkan akan dipotong mengikut ukuran sekitar 8 hingga 10 centimeter atau sekitar ukuran sama dengan rokok biasa.

Pucuk daun nipah itu bergolong. Jadi, sebelum dijadikan rokok, ia perlu ‘dibuka’ dan dilembutkan bagi diisi dengan tembakau.

Tembakau yang digunakan adalah tembakau hiris yang diproses dan dikering secara tradisional.

Harga rokok daun nipah, termasuk tembakau adalah lebih jauh lebih murah berbanding harga rokok biasa.

Jadi, ada mereka yang ketagih rokok beralih kepada rokok daun nipah sebagai ganti rokok biasa yang banyak terdapat di pasaran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan