Ahad, 11 Jun 2023

CARA CAPAI MATLAMAT BERDASARKAN “SMART”

 
Setiap organisasi mahupun individu ada matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh masa tertentu. Untuk mencapai matlamat itu, ia perlu melalui “proses” yang teliti dan bersesuaian. Perkara ini penting bagi memastikan ia tidak “merapu” dan “syok” sendiri sahaja.
 
Satu pendekatan yang banyak digunakan oleh organisai untuk memproses matlamat yang ingin dicapai ialah melalui kaedah atau pendekatan “SMART”
 
Penggunan pendekatan SMART satu cara yang terbaik untuk mengekalkan motivasi tinggi, memberikan maklum balas berterusan dan menghubungkan kerja individu dengan objektif organisasi yang lebih luas. 
 
Apakah sebenarnya matlamat SMART? SMART ialah singkatan yang digunakan untuk mengoptimumkan penetapan matlamat dalam organisasi.
 
SMART adalah singkatan:
 
- S (specific) – Untuk mencapai sesuatu matlamat, ia perlu ditentukan secara khusus. Tentukan siapa, apa, bila, di mana, bagaimana dan apa-apa perkara berkaitan yang ingin dicapai. Fikirkan siapakah yang perlu terlibat? Apakah yang anda cuba capai? Bilakah anda perlu mencapainya? Apakah halangan atau syarat yang sedang anda hadapi? Mengapakah anda menetapkan matlamat ini? Tuliskan sebanyak butiran yang boleh dalam jawapan anda.
 
- M (Measurable). Perkara yang ingin dicapai perlulah boleh diukur. Contohnya, menetapkan berapa ahli baharu yang ingin dicapai. Ia adalah berkaitan bilangan atau angka yang boleh diukur atau dikira.
 
- A (Achievable). Seterusnya ia adalah sesuatu yang boleh dicapai atau mampu dicapai. Ia bukan sesuatu bersifat tidak mungkin atau sekadar impian kosong. Sesuatu yang boleh dicapai dengan mempertimbangkan masa, usaha, kekuatan, kelemahan dan acaman yang ada. Jika ia berkaitan dengan pertandingan, perlu juga dikira tentang kekuatan dan kelemahan pesaing.
 
- R (Relevant) atau berkaitan. Juga penting untuk berfikir tentang keberkaitan matlamat dalam organisasi yang lebih besar. Apa yang dirancang perlu adalah kaitan dengan perkara-perkara lain yang turut diusahakan oleh organisasi. Jika difikirkan bagaimana hendak tambah ahli baharu, fikirkan juga cara untuk melatih ahli baharu itu untuk memberi sumbangan kepada organisasi. Maksudnya, ia bukan sekadar kuantiti, tetapi juga kualiti.
 
- T (Time-bound) yakni ia perlu mengikut ketetapan masa. Masa adalah sangat penting. Anda perlu menetapkan tarikh sasaran. Banyak perkara yang perlu dicapai hanya bererti jika ia dicapai dalam tempoh masa tertentu. Maka, perkara yang ingin dicapai perlu ditetapkan masanya. Jika melepasi masa, kalaupun tercapai, ia boleh dianggap sebagai “gagal”.
 
Selain menggunakan kaedah SMART, anda juga mungkin melihat istilah matlamat SMARTER. Sistem SMARTER ialah lanjutan SMART, dengan hanya dua huruf tambahan: Nilaikan (Evaluate) dan Sesuaikan Semula (Readjust).
 
Ringkasnya, tambahan dua huruf ini membolehkan anda menganalisis dan menambah baik kaedah SMART, jadi anda boleh memanfaatkan kelebihan proses tersebut dengan sepenuhnya. Nilaikan matlamat anda secara berterusan, dan jika anda mendapati bahawa anda sering menghadapi isu, sesuaikan semula.
 
Objektif SMART memastikan bahawa kejelasan dan fokus kekal sebagai sebahagian penting dalam proses penetapan matlamat. Lagipun, matlamat yang kabur tanpa peta jalan yang jelas adalah mudah diabaikan, manakala matlamat khusus adalah lebih dipandang serius.
 
Untuk berjaya kita kena serius. Keseriusan dipaparkan akan mendorong ahli lebih bersemangan dan yakin kepada apa yang ingin dicapai.
 
SMART memberikan rangka kerja yang diperlukan untuk melihat kepentingan sasaran dan membantu menentukan cara untuk mencapai matlamat tersebut. Juga perlu diingat bahawa penetapan matlamat SMART adalah mudah difahami dan dilaksanakan dengan kekuatan dan kelebihan yang telah dikenal pasti.
 
Semoga mencapai apa yang ditetapkan dengan kaedah atau pendekatan SMART.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan