Ahad, 27 Disember 2020
UBI SAREK BERACUN TETAPI BOLEH DIMAKAN
Ahad, 20 Disember 2020
POKOK BUAH NAM-NAM
Selasa, 8 Disember 2020
SIKAP LETAK SAMPAH DI LUAR TONG
Sebenarnya tetap menjadi satu kesalahan meletakkan sampah di luar tong sampah apabila tong sampah penuh. Sampah perlu diletakkan di dalam tong sampah lain yang ada berdekatan atau di kawasan lain.
Jika meletakkan sampah di luar tong sampah ketika sampah penuh tetap dianggap satu kesalahan, tentu sekali membuang sampah di luar tong sampah ketika tong sampah kosong lebih lagi menjadi satu kesalahan.
Di kawasan jagaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, sampah boleh diletakkan di luar tong sampah yang penuh hanya pada waktu malam. Itupan mengikut masa yang ditetapkan. Bukan sepanjang malam.
Tetap menjadi satu kesalahan membuang sampah di luar tong sampah walaupun pada waktu malam jika tong sampah itu masih kosong.
Jadi, amat mendukacitakan tindakan individu yang meletakkan sampah di luar tong sampah pada waktu siang. Apa susah sangat untuk meletakkan sampah di dalam tong sampah yang sudah ada di hadapan mata.
Kita memang mengajar rakyat berfikir di luar kotak, tetapi bukannya berfikir di luar tong sampah. Tong sampah disediakan untuk diisikan sampah, bukannya menjadi tepi tong sampah untuk membuang sampah.
Jumaat, 27 November 2020
PENYERAHAN CEK SUMBANGAN TABUNG PAHLAWAN 2020
Sebanyak enam syarikat korporat yang telah bermurah hati memberi sumbangan kepada warga veteran ATM bagi membantu meringankan beban serta menghargai setiap pengorbanan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan mereka bersama perkhidmatan ATM.
Kementerian Pertahanan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang Kempen Tabung Pahlawan dan penyumbang Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM pada hari ini.
Sumbangan ini jelas membuktikan keprihatinan dan tanggungjawab syarikat-syarikat korporat dalam menjaga kebajikan mereka yang memerlukan. Ia juga satu manifestasi penghargaan di atas pengorbanan dan jasa bakti para Veteran yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara selama ini.
Kepada individu serta syarikat korporat yang ingin menghulurkan sumbangan, layari portal rasmi Kempen Tabung Pahlawan 2020 di pautan https://tabungpahlawan.jhev.gov.my/derma.
FB:
Kementerian Pertahanan Malaysia
Selasa, 17 November 2020
KISAH DOA ORANG DIZALIMI DIMAKBUL
Khamis, 5 November 2020
MANFAAT KHASIAT MINYAK SACHA INCHI
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko strok
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.
Selasa, 27 Oktober 2020
Ketegasan UMNO menolak kerjasama dengan Anwar
Namun, kematangan politik secara parti dilihat sedikit sebanyak mampu mengawal keadaan. Inilah yang diterjemahkan oleh kepimpinan UMNO apabila membuat keputusan bersama melalui saluran yang betul.
Ketika seluruh ahli dan pemerhati politik ternanti-nanti hala tuju UMNO dalam mendepani kemelut politik dan kepimpinan negara, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti terbesar Melayu itu membuat beberapa ketetapan setelah bermesyuarat pada 26 Oktober 2020.
Antara ketetapan yang melegakan ahli akar umbi ialah penegasan bahawa UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.
Tinjauan pendapat di kalangan ahli akar umbi sememangnya amat berharap agar kepimpinan UMNO terus mempertahankan prinsip tidak mengadakan sebarang bentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam urusan pentadbiran negara.
Pada hari sama, sebelum mesyuarat MKT ada pertemuan dan perbincangan melibatkan ahli parlimen dari UMNO. Heboh kononnya ada cadangan agar UMNO mengadakan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dilaporkan cadangan itu dibantah majoriti ahli parlimen UMNO dan paling lantang membantah seperti yang dilaporkan media ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang secara konsisten mempertahankan tiga prinsip asas UMNO dan BN iaitu 'No DAP, No Anwar' dan keputusan harus secara en-bloc.
Ismail Sabri tegas menyatakan bahawa en-bloc bermaksud keputusan yang dibuat haruslah secara bersama, bukan hanya semata-mata sokongan individu.
Tindakan Ismail Sabri itu dikatakan antara yang mempengaruhi ahli MKT membuat ketetapan mempertahankan prinsip tidak mengadakan sebarang bentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam urusan pentadbiran negara.
Ketegasan Ismail Sabri terus mendapat ucapan terima kasih dan sokongan ahli akar umbi.
Isnin, 12 Oktober 2020
PERTANIAN BANDAR SATU USAHA MENJANA EKONOMI
Jumaat, 2 Oktober 2020
D AUR BEACH RESORT PANTAI BERSIH
Jumaat, 18 September 2020
PENYAKIT KENCING TIKUS BAWA MAUT
Rabu, 2 September 2020
KHASIAT BUAH SUKUN
Isnin, 24 Ogos 2020
TAKWIM HIJRI TANDA SYIAR ISLAM
Umat Islam menunaikan ibadah puasa wajib tatkala tibanya Ramadan. Hari raya Aidilfitri disambut tanggal 1 Syawal, manakala hari raya Aidiladha pada 10 Zulhijah setiap tahun. Ibadah haji pula ditunaikan pada bulan-bulan haji bermula seawal bulan Syawal dengan kemuncaknya pada Zulhijah.
Jelaslah pelaksanaan ibadah khusus mahupun sunat dalam Islam melibatkan ketetapan tarikh dalam takwim Hijri.
Takwim Hijri bermula dengan peristiwa Hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Walau bagaimanapun, bukanlah bermakna Rasulullah berhijrah dari Makkah dan sampai ke Madinah pada tanggal 1 Muharam.
Kitab Al-Rahiq al-Makhtum karya Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri menyatakan peristiwa hijrah berlaku pada Rabiul Awwal. Justeru perkiraan tahun dalam takwim Hijri adalah mengikut peristiwa hijrah manakala bulan pertama pula adalah Muharam.
Usaha mewujudkan takwim Hijri dilakukan Saidina Umar al-Khattab. Beliau memilih Muharam sebagai bulan pertama dalam takwim Hijri. Sebenarnya semua 12 bulan dalam takwim Hijri sediakala digunakan sejak sebelum kedatangan Islam.
Ketika Rasulullah masih hidup, baginda menjelaskan mengenai sesetengah ibadah dalam Islam menggunakan bulan-bulan tersebut. Ibadah puasa contohnya dilakukan dalam Ramadan dan ibadah haji dilakukan dalam Zulhijah.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati…" (Surah at-Taubah, ayat 36)
Saidina Umar adalah orang yang dikenal pasti menggunakan semua dua belas bulan ini dalam menentukan takwim Hijri kerana masyarakat Arab sebelumnya tidak mempunyai kiraan tahun yang sistematik.
Nama bulan hijrah yang digunakan sekarang sebenarnya diambil daripada nama bulan yang digunakan orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Cumanya masyarakat Arab tidak mempunyai perkiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun Masihi.
Sabtu, 25 Julai 2020
KHASIAT BELIMBING BESI
Belimbing juga diguna untuk menghentikan pendarahan pada luka ringan. Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.
Cara menghentikan pendarahan juga boleh diamalkan untuk mencuci nanah pada bisul.
Sekarang ini, banyak produk dihasilkan dari belimbing besi seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Itu semua menggunakan buah belimbing besi yang telah masak.
Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.
Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali.
Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.
Materia Medical Cina ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar.
Jumaat, 10 Julai 2020
CARA MEMASAK UBI SAREK
Ubi dan batang pokok ini boleh dijadikan makanan yang lazat melalui penyediaan tertentu. Di Kelantan pada zaman dahulu, ubi sarek dan digunakan sebagai campuran dalam bubur asyura. Ia menjadi sebahagian daripada bahan untuk menambah kandungan asyura bersama-sama beras dan beberapa jenis ubi lain.
Ubi sarek boleh di makan walaupun gatal dan mungkin beracun. Ubi ini direbus beberapa lama, ditumbuk halus, dikeringkan dan dimasak. Cara menghilangkan racun adalah dengan merendam ubi yang telah direbus dengan air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi sebelum dimakan.
Sebenarnya penggunaan ubi sarek juga diamalkan masyarakat di negara lain. Di India dan Indonesia ubi sarek juga dijadikan sebagai makanan. Orang China menggunakan ubi ini menjadi tepung untuk dibuat makanan seperti tauhu. Orang Jepun pula merebus ubi ini untuk menghasilkan makanan seperti mihun. Sesetengah orang menjadikan ubi ini sebagai makanan ikan.
Isnin, 22 Jun 2020
ULAMA DISIKSA TIDAK IKUT KEHENDAK PEMERINTAH
Imam al-Syafie ditangkap kerana disangka cenderung kepada Syiah yang memberontak. Imam Syafie diheret dari Yaman untuk dibicara di Baghdad. Menurut Ibn Hajar, kekuatan hujah serta ketinggian ilmu Imam Syafie berjaya meyakinkan Khalifah al-Rasyid sehingga beliau dibebaskan. (Ibn Hajar, Tawali al-Ta’sis)
Malah Abu Hanifah dipenjara di zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur kerana menolak daripada dilantik sebagai Qadhi. Beliau bukan sahaja dipenjara malah dikenakan hukuman sebat. Lihatlah pendirian Abu Hanifah yang menolak dari diberikan jawatan dalam kerajaan. Bukan dipenjara kerana meminta untuk dilantik dalam sebagai pemimpin kerajaan.
Imam Malik ditangkap kerana mempertahankan hadis yang disangkakan pemerintah sebagai menentang mereka. Kata al-Imam al-Zahabi: “Lalu (Jaafar Gabenor Madinah) memerintahkan agar al-Imam Malik ditangkap, dikenakan hukuman sebatan sehingga dikatakan terkehel tangan Malik daripada bahunya (akibat hukuman itu). (al-Zahabi, Siyar A’lam).
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.
Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.
Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat selain banyak mengeluarkan fatwa yang tidak selari dengan kehendak pemerintah.