Tumbuhan berasal dari negara Peru ini juga dipanggil sebagai 'sacha peanut', 'inca peanut', 'mountain peanut' dan 'sacha inci'.
Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.
Walaupun ia baharu diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.
Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.
Sacha inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar di atas kayu sokongan untuk penanaman komersil.
Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja, memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.
Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan.
Banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan.
Permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan