Hidup ini singkat. Pengakhiran adalah mati.
Ketika itu semua apa yang ada di dunia ini akan ditinggalkan, termasuk jasad
sendiri. Akan kekal adalah roh yang meneruskan perjalanan ke alam akhirat.
Ketika peluang masih ada, kena buat
kebaikan. Tambah bekalan untuk akhirat. Kebaikan yang telah dibuat kena dijaga.
Kena diteruskan.
Perbuatan dosa kena dijauhkan. Dosa fitnah
dan mengumpat wajib dijauhkan. Kita rasakan ia biasa-biasa sahaja. Mudah sangah
melakukan di media sosial. Siang malam tidak tentu masa. Di mana-mana dan
bila-bila masa.
Susahnya kita kumpul pahala. Malangnya ia
hilang begitu sahaja disebabkan banyak melakukan fitnah dan mengumpat. Hidup
muflis di akhirat nanti.
Media sosial adalah lubuk membuat dosa. Kita
lakukan perkara yang kononnya baik. Hendak jadi pejuang Islam kononnya. Hendak
jadi hero lagaknya. Malangnya apa yang dilakukan itu menjadi dosa-dosa yang
sukar dihapuskan.
Ingatlah, dosa mengumpat dan membuat fitnah
tidak diampunkan selagi tidak diampunkan oleh orang yang diumpat dan difitnah.
Ruginya hidup ini apabila kita mengumpat
dan menfitnah orang yang tiada kaitan pun dengan kita. Kita tidak pernah berjumpa
dengannya. Tiada apa-apa kaitan persaudaraan atau persahabatan.
Apalah untungnya kita mengumpat dan
memfitnah mereka itu? Ruginya sudah pasti. Dosanya lebih-lebih lagi.
Untuk mengelak dosa di media sosial, bila
ingin menulis atau apa-apa yang berkaitan, tinggalkan perkara yang bersifat
mengumpat dan memfitnah. Tulis perkara baik-baik. Jangan menyinggung perasaan individu
lain.
Jangan cepat memberi hukum. Siapa kita untuk
menghukum orang lain.
Jadilah seperti bunga yang sentiasa mekar
menghibur dan menyenangkan mata yang memandang, menyejukkan jiwa yang sedang
gersang.
Sebelum berkata-kata cari duhulu kebenaran
atau kita berdiam diri untuk elakkan membuat ada hati yang terluka. Dan mengelak
kta beroleh dosa.
Semoga kita semua selalu berada di jalan
yang lurus seperti yang kita sentiasa berdoa setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan