Jumaat, 10 Mac 2017

Kenapa Proton rugi

■ Sejak memulakan operasi pada 7hb Mei 1983, PROTON diberikan pengecualian duti import sehingga tahun 1991, dan hanya dikenakan duti sebanyak 13% atas model pemasangan tempatan (CKD – Complete Knock Down) selepas itu, berbanding dengan duti import tipikal setinggi 42%. Perlindungan pasaran tersebut memberikan kelebihan harga sebanyak 24% hingga 64% kepada PROTON berbanding dengan kereta bukan buatan tempatan. Dasar sedemikian membolehkan PROTON menguasai 65% pasaran kereta penumpang pada tahun 1987 dan 74.2% menjelang tahun 1993.

■ Laporan Tahunan PROTON Tahun 2008, keuntungan bersih PROTON mencatat RM184.5 juta, tetapi dilaporkan juga bahawa geran R&D daripada kerajaan adalah sebanyak RM193.7 juta!!!, iaitu RM9.2 juta lebih daripada keuntungan bersihnya. Andainya tidak dibantu dengan pemberian geran, maka PROTON akan berada dalam defisit dan kerugian!.

■ Selepas kerajaan melonggarkan harga kereta dan membenarkan persaingan antara pengedar, penguasaan pasaran PROTON telah menurun daripada 74% (1993) kepada 43-45% (2003) dan 2011 kepada kurang daripada 30%.

■ Melalui maklumat statitik, pelaburan PROTON menjunam dari 74% kepada 15% pada 2015. Pada tahun 2001, jualan kereta PROTON tercatat sebanyak 215,000 unit, namun jumlah jualan tersebut jatuh kepada 158,657 unit pada 2011 dan hanya 102,175 unit berjaya dijual pada tahun 2015.

■ Jualan direkod semakin  rendah bermula bulan Januari 2016 iaitu hanya sebanyak 7,743 unit jika dibandingkan dengan 8,900 unit tahun lepas dan 15,806 pada Jan 2012.

■ Manakala, jualan pada Feb 2016 menunjukkan penurunan angka yang lebih teruk iaitu hanya 5947 unit berjaya dijual jika dibandingkan dengan 8254 pada Feb tahun 2015, 11459 pada 2013 dan 11,559 pada 2012.

■ Selepas penyenaraian dan penswastaan PROTON pada tahun 1995, peratusan eksport mengikut unit jualan tidak meningkat, sebaliknya menurun daripada 15.8% kepada 14.7%, dan kadar ini turut menyusut secara mendadak selepas itu. Trend ini menunjukkan kebergantungan yang tinggi terhadap dasar perlindungan pasaran domestik (protected domestic market), dan betapa lemahnya daya saing PROTON walaupun diberi keistimewaan selama hampir 25 tahun!. Apatah lagi jika dasar perlindungan dimansuhkan sepenuhnya!

■ Pada 2011, Proton mempunyai rizab kewangan sebanyak RM4.8 billion namun pada Mac 2015, rizab ini berkurangan sehingga RM1.8 bilion!.

■ Tahunan kewangan PROTON berakhir pada bulan Mac setiap tahun dan status tahunan kewangan pada 2015 menunjukkan kerugian nilai sebanyak RM646 juta.

■ Sejak permulaan, rundingan dengan Mitsubishi yang diketuai mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, rundingan tersebut diselubungi kerahsiaan sehingga mengecualikan MIDA dan syarikat2 tempatan yang berpengalaman berhubung pemindahan teknologi dan kandungan tempatan CKD. Hal ini mengakibatkan kontrak yang ditandatangani menjadi BERAT SEBELAH, iaitu lebih memihak kepada pihak Jepun serta Mitsubishi daripada Malaysia. Misalnya, PROTON juga perlu mengutamakan pasaran eksport, tetapi telah disekat untuk berbuat demikian kerana mengikut perjanjian Mitsubishi tidak ingin PROTON bersaing dengannya dalam pasaran antarabangsa.

■ Proses penswastaan PROTON juga memperlihat pelbagai tindak-tanduk yang dicorakkan oleh KRONISME dan NEPOTISME. Semasa penyenaraian PROTON dalam Bursa Malaysia, KHAZANAH menjualkan 32% pegangan sahamnya yang bernilai RM1.72 bilion kepada Diversified Resources Bhd (DRB) milikan TS Yahaya Ahmad tanpa bidaan terbuka. Kemudian pada 29 Oktober 1998, apabila Malaysia dilanda krisis ekonomi, PETRONAS terpaksa mengambil alih 27.2% saham PROTON!. Ini satu contoh klasik ”keuntungan diswastakan, kerugian dinasionalkan”!!!.

■ Pada 17 Januari 2012,  DRB-HICOM secara rasmi menguasai pegangan Saham PROTON dari Khazanah Nasional Bhd sebanyak 42.74%. Saham PROTON dibeli pada nilai RM129 juta atau US$412 juta atau RM5.50/unit. DRB-Hicom syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari berjaya menewaskan bidaan Kumpulan NAZA. Tun Dr Mahathir, pengasas Proton telah dilantik sebagai Pengerusi PROTON.

■ Selain itu, kebanyakan pembekal komponen kereta PROTON tidak mendapat pengiktirafan ISO QS9000. Terdapat dakwaan bahawa barangan hasil mereka banyak bermasalah akibat sikap keselesaan dan sikap tidak apa, kerana dijamin dengan kontrak jangka panjang dan mempunyai pertalian politik yang kuat. Dengan kata lain, naungan politik bukan sahaja berlaku pada peringkat atasan, tetapi juga meresap ke tulang rusuk PROTON sehingga peringkat rantaian pembekal (supply chain). Lantaran itu, rakyat Malaysia sebagai pembeli kereta PROTON dibebani kos penyelenggaraan kereta yang berlarutan.

■ Sejak permulaan sehingga kini PROTON telah gagal mencapai pelbagai sasaran yang ditetapkan. Antaranya;

1. Pada tahun 1996, PROTON mensasarkan pengeluaran sebanyak 500,000 unit kereta menjelang tahun 2000 tetapi hanya mencapai 230,000 buah!.

2. Pada tahun 2006, jualan kereta PROTON tempatan hanya mencapai 115,538 unit sahaja.

3. Pada tahun 1995, sasaran eksport PROTON ialah 30% menjelang 1998-2000. Akan tetapi, sehingga 2003, eksport hanya menyumbang 5-10% daripada hasil, meskipun sasarannya ialah 30%. Hakikatnya, peratusan eksport menyusut daripada 18.9% pada tahun 1992 kepada hanya 3.7% pada tahun 2002.

4. Pada tahun 2009, PROTON hanya mampu menjual 960 buah kereta di British, menjadikan bahagian pasarannya sebanyak 0.05%.

5. Dari segi pembangunan teknologi, Enjin Campro yang dijadualkan pengeluaran pada tahun 2000, tetapi hanya dapat dihasilkan pada tahun 2004.

■ Pada 5hb Mac 2014,  Laman web www.thestar.com.my melaporkan PROTON sekali lagi telah meminta bantuan kewangan berbentuk geran dari kerajaan Malaysia dan PETRONAS sebanyak RM3.8 bilion untuk plan pemulihan sehingga 2017 bagi digunakan untuk pembangunan model baharu termasuk kereta elektrik.

■ Pada 8hb April 2016,  Kerajaan Malaysia melalui keputusan ahli mesyuarat Kabinet telah meluluskan permohonan Proton Holdings Berhad (PROTON) pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion.

■ Pinjaman berkenaan sebahagian besarnya untuk membolehkan PROTON membuat pembayaran kepada vendor2nya.

■ Beberapa syarat juga ditetapkan bagi pemulihan perniagaan PROTON. Antaranya;
1. PROTON perlu meyakinkan kerajaan mengenai modelling perniagaan baharu supaya berdaya maju dan berdaya saing.
2. PROTON perlu melaksana beberapa perkara termasuk mewujudkan pelan penstrukturan sunturned PROTON (turnaround plan).
3. Menyediakan pelan strategik untuk meluaskan pasaran di dalam dan luar negara.
4. Mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
5. Menjadi syarikat berdaya maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

■ Kerajaan akan pastikan syarat2 pinjaman mudah dipatuhi, Pasukan Petugas dari bahagian PEMANDU yang diketuai oleh DS Idris Jalal akan meneliti model perniagaan PROTON pada masa lalu, mengenal pasti kelemahan serta langkah2 untuk mengatasinya.

■ Kerajaan sedar bahawa industri automotif adalah sebuah industri strategik. PROTON mempunyai 12,000 orang kakitangan bekerja secara langsung, dan kira-kira 50,000 orang lagi bekerja dengan syarikat2 vendor yang bergantung kepada PROTON.

■ Keputusan Kabinet adalah juga mengambil kira kebajikan kira2 60,000 pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan PROTON.

■ Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat PROTON (kerana sikapnya yang tidak suka dikawal) sebaik sahaja tempoh kewangan tahunan ditutup pada Mac 2016 yang mana PROTON berkemungkinan mempunyai nilai kerugian lebih dari RM1billion kerana kejatuhan unit  terjual 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan