Durian dikenali raja buah. Durian berbuah secara bermusim. Keadaan ini menyebabkan berlaku lebihan durian apabila buah gugur serentak. Ketika kemuncak musim gugur, harga durian menjadi terlalu murah dan banyak yang tidak laku dijual sehingga rosak dan berlaku pembaziran.
Namun, perkara itu semakin dapat diatasi apabila isi durian
dijadikan produk sejuk beku. Permintaan isi durian sejuk beku
mendapat permintaan yang tinggi di luar negara terutama di China, Singapura,
Hong Kong dan Taiwan.
Usaha melakukan memproses isi durian sejuk beku dilakukan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pada tahun 2015, FAMA memproses
kira-kira 4,000 tan metrik buah durian bagi tujuan itu di tujuh pusat pempro
sesan FAMA dan dua pusat pemprosesan swasta.
Tujuh buah pusat pemprosesan dan penyimpanan isi durian
sejuk beku FAMA kini terdapat di Jerantut (Pahang), Machang (Kelantan), Sungai
Petani (Kedah), Beseri (Perlis) dan Batu Kurau di Perak.
Untuk memenuhi permintaan yang tinggi itu, FAMA akan
membuka tiga lagi pusat pemprosesan dan pembekuan pes isi durian beku
masing-masing satu di Besut (Terengganu), Sabah dan Sarawak.
Isi durian sejuk beku mampu tahan lama apabila disimpan
berbanding dengan buah durian kerana pes durian boleh menghasilkan pelbagai
menu seperti durian crepe, kebab, ais krim, lempeng durian dan sebagainya.
Kaedah isi durian sejuk beku ini tentu sekali
menggembirakan pekebun durian yang sebelum ini sering berlaku lebihan
pengeluaran sehingga ada yang membiarkan buah durian membusuk dan rosak di
kebun.
Isi durian sejuk beku biarpun tidak seenak durian segar,
namun ia sudah berbaloi untuk peminat durian merasainya pada bila-bila masa
tanpa perlu menunggu musim durian gugur saja.
Produk berasas durian juga dapat memberi peluang kepada
mereka yang tidak gemar memakan durian segar, sebaliknya suka perisa durian,
merasai buah yang terkenal di Malaysia ini.
Diharapkan pihak FAMA dan penyelidik dapat menghasilkan
lebih banyak produk berasaskan isi durian untuk dipasarkan bukan saja di dalam
Malaysia, bahkan di luar negara.
Malaysia mempunyai potensi besar menjadi pengeluar produk
berasaskan pertanian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan