Ahad, 18 Disember 2016

Seluruh negara bakal tenggelam

Kesan pemanasan global. Peningkatan paras air laut. Tuvalu adalah negara keempat terkecil di dunia. Terletak di tengah Lautan Pasifik di antara Hawai dan Australia. Negara itu mengguna matawang sendiri, selain menerima matawang Australia.  

Ibu negara Tuvalu adalah Funafuti. Penduduknya berjumlah kira-kira 10,000 orang. Negara tersebut kini semakin menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.  

Negara cantik dan aman ini berdepan dengan satu ancaman besar yang memungkinkan negara itu lenyap di muka bumi jika masalah pemanasan global terus berlaku. Ia berdepan dengan masalah peningkatan paras air laut.  

Ketinggian tanah yang paling tinggi di Tuvalu adalah tidak lebih 4 meter dari paras laut. Jadi, kenaikan kadar pemanasn global yang akan meningkatkan tahap air laut dunia akan menyebabkan negara itu ditengelami air laut.  

Sekiranya pemanasan global berlaku 2 darjah celsius, kesan kepada Tuvalu amat besar. Negara itu dijangka akan ditenggelami air dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Antara usaha untuk mengurangkan pemanasan global ialah dengan mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau. Kadar pemanasan global sekarang ini pada 2 darjah celsius, sedangkan kadar yang dicadangkan oleh pakar ialah 1.5 darjah celsius. 

Masalah pemanasan global bukan saja memberi kesan kepada Tuvalu, bahkan seluruh dunia, terutama bandar besar yang berada berhampiran dengan laut  

Justeru itu, kerajaan Tuvalu dalam usaha menyelamatkan negara tersebut daripada bencana pemanasan global menggunakan tagline, Kita perlu menyelamatkan Tuvalu untuk menyelamatkan dunia.

Perdana Menteri Tuvalu, Enele Spoaga berkata: "Jika pulau ini hilang di bawah air, ia bukan berakhir masalah perubahan iklim. Kita perlu bekerjasama untuk menyelamatkan manusia sejagat.

"Jika Tuvalu hilang di bawah air, kita boleh memindahkan penduduk Tuvalu ke tempat lain, tetapi ia tidak akan menghentikan perubahan iklim yang terus memberi kesan buruk kepada seluruh penduduk dunia."

Untuk mengatasi masalah pemanasan global memerlukan kerjasama seluruh pemimpin dunia, terutama di kalangan negara maju. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan