Apabila
Darurat diumumkan, banyak warganet berpendapat atau membuat ulasan jenaka agar
menteri perlu diberhetikan. Tindakan itu dikatakan untuk menjimatkan
perbelanjaan kerajaan daripada perlu membayar gaji menteri yang puluhan ribu itu
sedangkan tugas mereka tidak berkesan.
Ambo
sebenarnya duduk ikuti juga tugas atau apa dilakukan oleh menteri kerajaan
Perikanan Nasional (PN). Itupun sekadar apa yang dilaporkan melalui media maya
dan media massa seperti akhbar dan televisyen.
Pemerhatian itu tentu sekali tidak menyeluruh. Pun, pada hemat Ambo boleh dijadikan penilaian kepada rakyat seperti Ambo.
Menteri
yang pada hemat Ambo berada pada senarai teratas adalah Menteri Kanan
Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penilaian
atau pemerhatian Ambo tentu sekali ada kaitan beliau sebagai jurucakap kepada
kabinet dalam soal berkaitan pandemik Covid-19.
Ismail
Sabri menjadi rujukan dan tempat rakyat untuk mengetahui mengenai tindakan atau
usaha kerajaan menangani ancaman Covid-19.
Biarpun
dilontarkan dengan pelbagai gelaran seperti Menteri SOP dan pernah diselar
pembangkang berkaitan sidang media yang diadakan, Ismail Sabri tenang
melaksanakan tanggungjawab berat diamanahkan kepadanya.
Menariknya,
berdasarkan pemerhatian Ambo, Ismail Sabri tidak melatah dalam soal isu politik
kepartian. Apa yang difokuskan ialah tugas sebagai jurucakap kabinat dalam soal
Covid-19, tidak mensampingkan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan.
Beliau
sentiasa turun padang untuk bersama-sama anggota tentera setakat mana yang
sesuai atau diperlukan.
Ambo sempat membaca laporan media
mengenai kehadiran Ismail Sabri di Ulu Dong meninjau kerja-kerja pembinaan
jambatan sementara jenis 'Compact Bailey 200' merentang Sungai Dong, Raub,
Pahang.
Ketika itu, banjir besar melanda hampir
seluruh Pahang, termasuk di Ulu Dong, Raub, Pahang sehingga merosakkan jambatan
yang merentangi Sungai Dong itu.
Menyedari
kesukaran penduduk kampung yang terbabit, Ismail Sabri selaku Menteri
Pertahanan telah menggunakan aset dan kepakaran tentera untuk membina jambatan
sementara itu dan ia disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam.
Tahniah Ismail Sabri yang pasti bukan Ambo sahaja memberi markah
prestasi tinggi kepadanya, tetapi juga rakyat yang memerhati apa dilakukan para
menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan